Monday, January 22, 2024

Penilaian Akhir Asas Pastri

 Pada 16 Januari 2023 bersamaan dengan hari Selasa, 2 orang murid PPKI SMKMB telah menduduki Penilaian Akhir Asas Pastri dan kedua mereka berjaya memperoleh keputusan terampil dalam penilaian tersebut. TAHNIAH diucapkan. 






Ahlan wa sahlan kepada 2 Guru Baharu

 29 Disember 2023 PPKI SMKMB telah menerima 2 orang guru baharu  iaitu Cikgu Nurul Azlin bt Ismail dan Cikgu Nur Amylia Nazira bt Nasruddin yang masing-masing merupakan graduan lulusan Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak. 




PROGRAM KURSUS JANGKA PENDEK MURID ASAS PASTRI









 Pada 5 Disember 2023 PPKI SMKMB telah terlibat dengan Program Kursus Jangka Pendek Murid Asas Pastri di Kolej Komuniti Kepala Batas kali ke 5

Menu yang dipelajari adalah Pembuatan Puding Panna Cotta yang melibatkan Cocu C04 dalam Asas Pastri iaitu Penyediaan Puding.


Thursday, December 14, 2023

MAJLIS GRADUASI PPKISMKMB 2023

 Majlis Graduasi PPKISMKMB merupakan suatu aktiviti tang acapkali mendapat sambutan meriah dari semua pihak samada MBPK, guru-guru, barisan pentadbir, pihak PPD dan juga JPNPP serta tidak terkecuali pihak waris MBPK yang anak mereka bakal menamatkan sesi persekolahan bagi tahun berkenaan. Pada kali ini majlis berlangsung pada 29/11/2023 iaitu hari Khamis dan pihak PPKI SMKMB telah mengadakan majlis yang gilang gemilang ini di Hotel Vangouh dengan dihadiri tetamu kehormat iaitu KPP Pendidikan Khas, pegawai PPDSPT serta YDP PIBG serta Pengetua dan Penolong Kanan SMKMB bagi memeriahkan lagi majlis ini. Dengan busana bertemakan putih biru OCEAN MBPK kelihatan sungguh gembira begitu juga mereka yang bakal menamatkan pengajian. Diharapkan majlis seumpama ini boleh diteruskan pada masa akan datang dengan pelbagai improvasi yang bersesuaian dengan tuntutan dan keperluan semasa.




































Penilaian Akhir Asas Pastri

 Pada 16 Januari 2023 bersamaan dengan hari Selasa, 2 orang murid PPKI SMKMB telah menduduki Penilaian Akhir Asas Pastri dan kedua mereka be...