Monday, April 17, 2023

PROGRAM PRA-SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2023


 Sempena menyambut Eidul Fitri bagi tahun 2023 PPKI SMKMB telah menjalankan beberapa aktiviti antaranya mewarna sampul duit raya, kipas raya (kraftangan), kolaj ketupat dan juga mewarna poster. 










Selain itu, aktiviti Tadarus Al-Quran yang dijayakan oleh semua guru SMKMB yang turut melibatkan guru-guru PPKI. Majlis Khatam Al -Quran dimeriahkan lagi dengan kehadiran MBPK.


Tidak terkecuali beberapa MBPK terlibat dengan Program Ceria Aidilfitri bersama Mydin Mall pada 12/4/2023


MBPK turut mendapat jemputan menyertai Program Semarak Budaya Kiriman Kad Ucapan Aidilfitri Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah 2023 dengan menghasilkan kad ucapan Aidilfiri yang kreatif.



Sambutan Pra Aidilfitri diadakan pada hari terakhir sebelum bermulanya cuti sekolah sempena Hari Raya Eidulfitri dengan pemberian duit raya dan biskut raya kepada semua MBPK.











No comments:

Post a Comment

Penilaian Akhir Asas Pastri

 Pada 16 Januari 2023 bersamaan dengan hari Selasa, 2 orang murid PPKI SMKMB telah menduduki Penilaian Akhir Asas Pastri dan kedua mereka be...